Rasulullah s.a.w. pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu : " Siapa kamu?"
Jawab makhluk tadi : " Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam," Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu ialah al-Quran. Seterusnya dia dipimpim oleh makhuk tadi dan dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.
Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata: " Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?" Jawab malaikat, " Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran."
Masya-Allah hebatnya balasan Allah. Pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepada ibu bapa yang membesarkan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan