Rabu, 8 Ogos 2012
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2: 216)
Ayat ini mempunyai makna yang cukup mendalam. Di dalam kehidupan insan yang bergelar manusia tidak semua benda yang diingini akan menjadi kenyataan. Berjalan, Melihat dan Mentafsir dunia ini menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan.
Sudah hampir setahun berlalu, segala usaha yang dilakukan tidak menampakkan hasil. Keyakinan dengan doa masih lagi diteruskan walau sedar harapan dan impian hanya terus dibuai ombak. Namun siapa tahu, Harapan yang ada tidak pernah buta, dan yakin selepas hujan pasti ada pelangi yang akan mewarnai dunia ini, setiap dugaan pasti akan hadir seribu hikmah yang menunggu.
DATANG SAYA UNTUK MENGUJI, PERGI SY SELAMANYA MENGUNDUR DIRI.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan