Jumaat, 7 Disember 2012

Pada Mu Ku Bersujud







Aku minta pada ALLAH, setangkai bunga segar,
DIA berikan kaktus yang berduri.. 
Aku minta pula kupu-kupu,
DIA berikan ulat.. 
Aku sungguh kecewa dan bersedih..
Namun tak lama kemudian... 
Kaktus itu berbunga indah sekali.. 
Dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.... 
Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, 
DIA datangkan hujan petir dan kilat... 
Kita bersedih dan tertanya-tanya, 
Ke mana menghilangnya matahari.. 
Rupa-rupanya, ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang sungguh indah.... 
Begitulah ALLAH mengasihi kita... 
Kadang-kadang ALLAH tak berikan kepada kita apa yang kita nak, 
Kerana ada yang lebih baik untuk kita... ......

Wallahua'lam....

Khamis, 9 Ogos 2012

Menyintai Seseorang Bukan Bererti Memilikinya




Usahlah meratap sayu pada yang tidak sudi, Berhenti mengharapkan simpati yang berlalu, Janganlah terus menyimpan cinta yang dikhianati, Berhentilah mengaih kasih dari insan yang kecewakan kita, Cukup sudah derita merindui ini, Kerana kita mempunyai peluang untuk bahagia juga..

Rabu, 8 Ogos 2012

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2: 216)

Ayat ini mempunyai makna yang cukup mendalam. Di dalam kehidupan insan yang bergelar manusia tidak semua benda yang diingini akan menjadi kenyataan. Berjalan, Melihat dan Mentafsir dunia ini menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan. 

Sudah hampir setahun berlalu, segala usaha yang dilakukan tidak menampakkan hasil. Keyakinan dengan doa masih lagi diteruskan walau sedar harapan dan impian hanya terus dibuai ombak. Namun siapa tahu, Harapan yang ada tidak pernah buta, dan yakin selepas hujan pasti ada pelangi yang akan mewarnai dunia ini, setiap dugaan pasti akan hadir seribu hikmah yang menunggu. 

DATANG SAYA UNTUK MENGUJI, PERGI SY SELAMANYA MENGUNDUR DIRI.

Jumaat, 2 April 2010

Tanda Kelahiran Baginda


Suatu ketika, saat sedang tertidur di halaman Ka’bah setelah Allah menyelamatkan Abdul Muttalib dari serangan Abrahah, ia melihat suatu mimpi yang menakjubkan. Ia pun terbangun ketakutan, dan mendatangi para peramal Quraisy, untuk menceritakan mimpinya. Mereka pun berkata padanya, “Mimpi itu adalah mimpi yang benar, akan muncul dari sulbimu seseorang yang seluruh penduduk Langit dan Bumi akan percaya padanya, dan seseorang yang akan menjadi sangat terkenal.” Saat itu, Abdul Muttalib menikahi Fatimah, dan ia mengandung ‘Abdullah. Dari Al Zabiih (RA), yang ceritanya amat masyhur.
Beberapa tahun kemudian, saat mereka pulang kembali ke rumah setelah mengorbankan seratus ekor unta sebagai qurban untuk menyelamatkan hidupnya, ‘Abdullah (RA) dan ayahnya melewati seorang peramal Yahudi bernama Fatima. Ketika ia memandang wajah ‘Abdullah (RA), yang saat itu adalah seorang laki-laki paling tampan dalam suku Quraisy, ia berkata, “Aku akan berikan padamu unta-unta sejumlah yang sama dengan yang telah diqurbankan untukmu, jika kau mahu berhubungan badan denganku sekarang.” Peramal wanita itu berkata seperti ini kerana ia melihat di wajah ‘Abdullah, cahaya kenabian (nuur Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam), dan ia berharap ialah yang akan mengandung nabi termulia ini. ‘Abdullah (RA) menjawab,
“Berkenaan dengan haram, kematian adalah lebih utama,
dan aku tidak melihat satu halal pun dalam pandangan,
dan tentang apa yang kau minta,
seorang yang terhormat haruslah menjaga kehormatan dan agamanya.”
Pada hari berikutnya, ‘Abdul Muttalib membawa ‘Abdullah untuk bertemu dengan Wahab ibn Abd Manaaf, yang merupakan pimpinan dari Bani Zuhra, tuan mereka dalam silsilah dan asal usul. ‘Abdul Muttalib menikahkan ‘Abdullah (RA) dengan putri Wahab, Aaminah (RA), yang merupakan wanita terbaik dalam suku Quraisy, baik dalam silsilah mahupun kelahirannya. Mereka menjadi suami dan isteri di hari Isnin, di salah satu hari Mina, di suatu jalan gunung milik Abu Talib. Dan Aminah pun mengandung Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam.
Pada hari berikutnya, ‘Abdullah (RA) pergi keluar dan melewati wanita yang pernah melamarnya sebelumnya. ‘Abdullah bertanya padanya, “Mengapa kau tidak menawarkan padaku hal apa yang pernah kau tawarkan padaku kemarin?” Wanita itu menjawab, “Cahaya yang kau bawa kelmarin telah meninggalkanmu; kerana itu, aku tak membutuhkanmu lagi hari ini. Aku sempat berharap untuk memiliki cahaya itu dalam diriku, tapi Allah menghendakinya untuk ditaruh di tempat yang lain.”
Begitu pembuahan Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam terjadi, begitu banyak pula keajaiban mulai terjadi pada Aminah. Sahl ibn ‘Abdullah al-Tustari berkata, “Saat Allah menciptakan Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam dalam rahim ibunya, di suatu malam Jumaat dalam bulan Rajab, Allah SWT memerintahkan Ridwan, Penjaga Syurga-syurga, untuk membuka Syurga Tertinggi. Seorang penyeru mengumumkan di seluruh Langit dan Bumi bahawa cahaya tersembunyi yang akan membentuk Sang Nabi Pembimbing akan berdiam, pada malam itu juga, dalam rahim ibunya, di mana penciptaannya akan disempurnakan. Diwahyukan pula bahawa ia akan muncul sebagai seorang pembawa khabar gembira dan sebagai pemberi peringatan.”
Diriwayatkan oleh Ka’ab Al-Ahbaar (RA), bahawa pada malam pembuahan Nabisall-Allahu ‘alayhi wasallam tersebut, diumumkan di Langit dan seluruh tingkatannya, dan juga di bumi dan segenap sudutnya, bahawa cahaya tersebunyi, dari mana sang Nabiyallah sall-Allahu ‘alayhi wasallam diciptakan, akan mendiami rahim Aminah.
Juga, pada hari itu pula, seluruh berhala-berhala di muka bumi terbalik atas ke bawah. Suku Quraisy yang tadinya menderita kerana kekeringan yang parah dan penderitaan yang berat, melalui peristiwa yang barakah ini, bumi menjadi hijau dan pohon-pohon pun berbuah, dan barakah datang pada mereka dari segala arah. Kerana tanda-tanda barakah ini, tahun saat mana Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam dibuahkan dikenal sebagai Tahun Kemenangan dan Kebahagiaan.
Ibn Ishaq meriwayatkan bahawa Aaminah (RA) biasa mengatakan bagaimana ia telah dikunjungi oleh para malaikat ketika ia sedang hamil dan mengandung Nabisall-Allahu ‘alayhi wasallam, dan ia diberitahu, “Engkau sedang mengandung seorang Tuan Pemimpin dari Ummat ini.” Aminah pun berkata, “Aku tak pernah merasakan bahawa diriku tengah hamil dan mengandungnya, dan aku tak pernah mengalami kesulitan-kesulitan atau mengidam makanan seperti yang dialami wanita lainnya; aku hanya memperhatikan bahawa haidku telah berhenti. Suatu saat, seorang malaikat datang kepadaku di saat aku dalam keadaan antara tidur dan terjaga, dan ia berkata, ‘Apakah engkau merasa bahawa dirimu tengah mengandung Penghulu seluruh manusia?’, lalu ia pun meninggalkanku. Saat waktu kelahiran makin mendekat, ia datang lagi dan berkata, ‘Katakanlah: Aku memohon perlindungan baginya dengan Yang Esa dari kejahatan setiap orang yang dengki, dan menamainya Muhammad.’ ”
Ibn ‘Abbas (RA) berkat, “Salah satu di antara mu’jizat-mu’jizat pembuahan Nabisall-Allahu ‘alayhi wasallam adalah pada malam itu, setiap ekor haiwan-haiwan milik Quraisy berbicara dan mengatakan, ‘Demi Tuhan dari Ka’bah, Utusan Allah telah dibuahkan pada rahim ibunya. Dialah pemimpin alam dan cahaya dari penghuni-penghuninya. Tak ada satu pun singgasana milik raja mana pun di dunia ini yang tidak terbalik atas ke bawah pada malam ini.’ Haiwan-haiwan liar dari timur bergegas menemui haiwan- haiwan liar di barat menyampaikan khabar gembira ini, dan seperti itu pula penghuni lautan dan samudera memberi salam satu sama lain. Setiap hari pada bulan pembuahan beliau ini, ada suatu seruan di Langit dan Bumi: ‘Bergembiralah, telah dekat waktunya ketika Abul Qasim akan muncul, terberkati dan beruntung.’”
Riwayat yang lain mengatakan bahawa pada malam itu, setiap dan seluruh rumah tercahayai, dan cahaya itu mencapai tempat mana pun dan setiap serta seluruh haiwan pun berbicara.
Abu Zakariyya Yahia ibn Aa’its mengatakan, “Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam tinggal dalam rahim ibunya selama sembilan bulan penuh, saat mana ibunya tak pernah mengeluh sakit atau apa pun yang biasa dialami wanita hamil. Ibunya biasa berkata, ‘Aku tak pernah melihat kehamilan yang lebih mudah daripada yang ini, atau yang lebih barakah.’”
Ketika Aaminah (RA) berada dalam bulan kedua kehamilannya, ‘Abdullah wafat di Madinah di antara paman-pamannya dari Bani Al Najjar, dan ia dimakamkan di Al Abwa’. Diriwayatkan pula bahawa ketika ‘Abdullah RA wafat, para malaikat berkata, “Wahai, Tuhan dan Raja kami, Nabi-Mu telah menjadi seorang yatim.” Allah berfirman, “Aku-lah Pelindung dan Pendukungnya.”


Khamis, 1 April 2010

Iman Semut


Assalammualaikum w.b.t..

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Fadilat Membaca Al-Quran

Rasulullah s.a.w. pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu : " Siapa kamu?"

Jawab makhluk tadi : " Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam," Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu ialah al-Quran. Seterusnya dia dipimpim oleh makhuk tadi dan dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata: " Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi  kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?" Jawab malaikat, " Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran."

Masya-Allah hebatnya balasan Allah. Pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepada ibu bapa yang membesarkan kita.

Ahad, 28 Mac 2010

Senarai Produk HPA


SENARAI PENUH
1 AH01 WATER MINERAL BRIGHTNESS TESTER
AH02 CLAY POT
3 AH03 MINERAL POT DIGITAL
4 BH01 BEDAK TOMPOK HITAM
BH02 BEDAK JASMIN
6 BH03 BEDAK AWANA
7 BH04 BEDAK DELIMA
BH05 BEDAK DELIMA ( biji )
BH06 BEDAK SEJUK TOMPOK HITAM
10 BH07 BEDAK SEJUK JASMIN
11 BH08 BEDAK SEJUK AWANA
12 BH09 SERBUK TANAH LIAT PUTIH
13 DC01 CENTELLA WHITE ( 1 SET )
14 DC02 ORANGE WASH ( Cecair Pencuci Tangan )
15 DC03 BRIGHTENING CLEANSING GEL
16 DC04 CALMING FLUID ( TONER )
17 DC05 LIGHT MOISTURE BALANCE
18 DC06 MULTI VITAMIN SCRUB MASK
19 DC07 BRIGHTENING NIGHT CREAM
20 DC08 INTENSIVE BRIGHTENING ESSENCE
21 DC09 BODY HYDRATING LOTION
22 DC10 SOOTHING EYE GEL
23 DC11 SYAMPOO PEGAGA
24 DC12 HAIR CONDITIONER
25 DC13 HAIR MASK
26 DC14 OMRAHAJ ( 2 in 1 ) Shampoo & Body Wash
27 DC15 SABUN OMRAHAJ
28 DC16 OMRAHAJ FACE & BODY MOISTURIZER
29 DC17 OMRAHAJ LIP BALM
30 DC18 SYAMPOO AROMATHERAPY
31 DC19 CONDITIONER AROMATHERAPY
32 DC20 OMRAHAJ CLEANSING GEL
33 DC21 CENTELLA WHITE PROTECTIVE SUN CREAM
34 DC22 FOOT LOTION
35 DC23 ANTI PIMPLE CREAM
36 DC24 ESSENTIAL CREAM CLEANSER
37 DC25 MEN 2 IN 1 WASH
38 DC26 SLIM & FIRM CREAM
39 DC27 BEDAK TALKUM WANITA ( MBK )
40 DC28 BEDAK TALKUM LELAKI ( IJK )
41 DC29 BEDAK TALKUM BAYI ( IPK )
42 DC30 SOOTHING EYE GEL (twin pack)
43 DC31 SYAMPOO PEGAGA + HAIR CONDITIONER
44 DC32 BODY SCRUB
45 FH01 KORDIAL ASIATICA
46 FH02 KORDIAL ROSELLE
47 FH04 KOPI RADIX ( 15 SACHETS )
48 FH05 EVERGREEN CENTELLA
49 FH06 KOPI RADIX ( JUMBO-32 SACHETS )
50 FH07 KOPI RADIX ( PAPAN-20 SACHETS )
51 FH08 SPIRUMADU
52 FH09 KISMIS MINDA ( BARU )
53 FH10 HONEY COMB ( Madu Bersarang )
54 FH11 EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
55 FH12 EQ MINDA
56 FH13 RADIX COOKIES – 32 kpg
57 FH14 KORDIAL KURMA MADU
58 FH15 AIR MINERAL HPA – 1500ml
59 FH16 AIR MINERAL HPA – 600ml
60 FH17 MINUMAN ROSELLE (RTD)
61 FH18 KOPI ‘O’ RADIX ( PAPAN-20 Sachets)
62 FH19 RADIX COLA
63 FH20 RADIX SARSI
64 FH21 KOPI RADIX MEGA JUMBO (96 Sachets)
65 FH22 KORDIAL MANGGA
66 
FH23 AIR MINERAL HPA – 5.5L

67 FH24 KORDIAL KUNDUR
68 FH25 MADU TUALANG ASLI
69 FH26 SUSU KAMBING (GOAT MILK) (250ml)
70 FH27 RADIX COLA (500ML)
71 FH28 RADIX SARSI (500ML)
72 FH29 HONEY COMB ( 900 ML )
73 FH30 PORTULACA ( JERUK )
74 FH31 MADU TUALANG GOLD
75 FH32 MADULIA
76 FH33 RADIX OREN ( 500 ml )
77 FH34 RADIX OREN ( 1.5 L )
78 FH35 TEPUNG SEGERA RFC ( 300/900gm )
79 FH36 KORDIAL JAMBU BATU MERAH
80 FH37 RADIX AIS KRIM SODA ( 1.5L )
81 FH38 RADIX KOKO ( 15 sachet )
82 FH39 MINUMAN ROSELLE ( 35 UNCANG )
83 FH40 MINUMAN ALG ( 35 uncang )
84 FH41 RTD PINK GUAVA
85 FH42 RADIX AIS KRIM SODA ( 500ml )
86 FH43 MADU COSCINIUM
87 FH44 MADU ARDISIA
88 FH45 KOPI RADIK DIET ( 15 sachet )
89 FH46 MADU PARAMARIA
90 FH47 MADU PLANTISOL
91 FH48 MADU RADIX
92 FH49 RADIX KOKO ( 1KG )
93 HP02 SET BERSALIN
94 HP03 HERBA RENDAMAN KAKI
95 HR01 HERBA REBUSAN (ALAC)
96 HR02 HERBA REBUSAN (ALYXIA)
97 HR03 HERBA REBUSAN (AN-MIA)
98 HR04 HERBA REBUSAN (ARA)
99 HR05 HERBA REBUSAN (D-HIPO)
100 HR06 HERBA REBUSAN (DINOS)
101 HR07 HERBA REBUSAN (FISALIN B)
102 HR08 HERBA REBUSAN (FOLIA)
103 HR09 HERBA REBUSAN (GATAL BADAN)
104 HR10 HERBA REBUSAN (HERBA SENGGUGUT)
105 
HR11 HERBA REBUSAN (KESUBURAN)
106 HR12 HERBA REBUSAN (LOHARD)
107 HR13 HERBA REBUSAN (MIKROLENIN)
108 HR14 HERBA REBUSAN (PLANTISOL)
109 HR15 HERBA REBUSAN (PULIH TENAGA)
110 HR16 HERBA REBUSAN (RESDUNG)
111 
HR17 HERBA REBUSAN (STOMA-S)
112 HR18 HERBA REBUSAN (TENAGA HAYAT)
113 KD01 D’DET
114 KD02 D’KARM
115 KD03 D’DEU
116 KH16 BARUT BERHERBA
117 KH22 LADY CHEER
118 KH23 UBAT GIGI
119 KH24 SABUN ASIATICA XT
120 KH25 SABUN CASSIA
121 KH26 SABUN SUSU KAMBING
122 KH27 SABUN SAFFRON
123 KH28 TEA TREE CREAM
124 KH29 KISWAH ( Aromatic Spray )
125 KH30 AZ ZAHRAH CORSET ( 7 Meter )
126 KH31 SABUN BAYI
127 KH32 SABUN PEGAGA (Pek Baru )
128 KH33 SABUN KACIP FATIMAH
129 KH34 SABUN WHITENING
130 KH35 BERUS GIGI KASTURI
131 KH36 UBAT GIGI AMAL
132 KH37 UBAT GIGI HERBA (2unit) + UBAT GIGI AMAL (1unit)
133 KH38 SABUN CLAY
134 KH39 UBAT GIGI AMAL (1unit) + BERUS GIGI KASTURI (1unit)
135 LL01 BAJA ORGANIK ( 5KG )
136 LL02 BAJA ORGANIK ( 2KG )
137 LL03 BAJA ORGANO (EMA) – 1 KG
138 LL04 BAJA ORGANO (EMA) – 5 KG
139 LL05 BAJA ORGANO (EMA) – 25 KG
140 LL06 BAJA ORGANO (EMC) – 1 KG
141 LL07 BAJA ORGANO (EMC) – 5 KG
142 LL08 BAJA ORGANO (EMC) – 25 KG
143 LL09 BAJA ORGANO (EMK) – 1 KG
144 LL10 BAJA ORGANO (EMK) – 5 KG
145 LL11 BAJA ORGANO (EMK) – 25 KG
146 MJ01 MAJALAH METRO (10 buah)
147 MJ02 JAWI MEDICAL HERB
148 MJ03 MAJALAH METRO EDISI LAMA 1 SET (20 BUAH)
149 MK01 RADIX CEREAL
150 MK02 DAGING LEMBU ORGANIK
151  MK03 DAGING KAMBING ORGANIK (700G)
152 MK07 KURMA
153 MK08 FISH BALL
154 MK09 FISH CAKE
155 MK10 NUGGET
156 MK11 FISH BURGER
157 MK12A AYAM ORGANIK ( 1.7KG )
158 MK12B AYAM ORGANIK ( 1.5KG )
159 MK12C AYAM ORGANIK ( 1.3KG )
160 MK13 SOS CHILI
161 MK14 SOS TOMATO
162 MK15 SOS THAI
163 MK16 PERENCAH ALAMI ( 400gram )
164 
MK17 BERAS PERANG ORGANIK

165 MK18 AYAM KAMPUNG ORGANIK
166 MK19 JEM NENAS
167 MK20 HALWA ROSELLE
168 MK21 JEM ROSELLE
169 MK22 SATAY AYAM ORGANIK ( 20 CUCUK )
170 MK23 AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA ( 1.5L )
171 MK24 AISKRIM TOYYIBAH PERISA JAGUNG ( 1.5L )
172 MK25 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOPI RADIX ( 1.5L )
173 MK26 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOKO RADIX ( 1.5L )
174 MK27 AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA ( 500ML )
175 MK28 AISKRIM TOYYIBAH PERISA JAGUNG ( 500ML )
176 MK29 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOPI RADIX ( 500ML )
177 MK30 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOKO RADIX ( 500ML )
178 MK31 REMPAH DAGING/AYAM
179 MK32 REMPAH IKAN
180 MK33 KICAP LEMAK MANIS
181 MK34 KICAP LEMAK MASIN
182 MK35 BERAS ORGANIK (1KG)
183 MK36 SOS ROSELLE
184 MK37 IKAN KERING ( GELAMA TENGKERONG )
185 MK38 IKAN KERING ( GELAMA PISANG )
186 MK39 IKAN KERING ( GELAMA PAPAN )
187 MK40 IKAN KERING ( GELAMA PAYANG )
188 MK41 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KELADI ( 1.5L )
189 MK42 AISKRIM TOYYIBAH PERISA KELADI ( 500ML )
190 PK01 BAJU HPA
191 PK02 LAMPIN BABYKU (S) 66 keping
192 PK03 LAMPIN BABYKU (M) 84 keping
193 PK04 LAMPIN BABYKU (L) 72 keping
194 PK05 LAMPIN BABYKU (XL) 60 keping
195 QH01 MINYAK BUT-BUT
196 QH02 MINYAK HERBA
197 QH03 MADU ASLI
198 QH04 MINYAK PATI SEPANG
199 QH05 TONIK PANDAN
200 QH08 HAIR SHAMPOO SERAI WANGI
201 QH09 BODY SYAMPOO SERAI WANGI
202 QH10 HAIR SHAMPOO PUCUK SIREH
203 QH11 SYAMPOO PANDAN KASTURI204 QH12 SYAMPOO BETIK
205 QH13 MANDIAN SARI TIMUN ( 250ML )
206 QH14 KRIM PALA AROMATERAPI
207 QH15 KRIM BUT-BUT
208 QH16 MINYAK BAYI
209 QH17 MINYAK BARUT
210 QH18 MINYAK SAHARA
211 SH01 WAHDAH ( Pencuci Pinggan )
212 SH02 FREESIA
213 SH03 CECAIR PENCUCI FREESIA
214 SH04 PELEMBUT FABRIK MAWAR
215 SH05 WAHDAH ( baru )
216 SH06 PENCUCI LANTAI ORGANIK MERBAU ( 600ml )
217 SH07 PENCUCI TANDAS ORGANIK ANGSANA ( 600ml )
218 SH08 PENCUCI PINGGAN ORGANIK WIDURI (600 ml)
219 SH09 PENGHINDAR SERANGGA JASMIN ( 500ml )
220 XH01 TEH HERBA / TEH HERBA INSTANT
221 XH02 TEH ASIATICA
222 XH03 TEH TROPIKA
223 XH04 TEH INSTANT
224 XH05 TEH MANJAKANI
225 XH06 MINUMAN SERAI ( 35 UNCANG )
226 ZH01 COSCINIUM PLUS
227 ZH02 PARAMARIA PLUS
228 ZH03 HERBA TUJU ANGIN
229 ZH04 RADIX
230 ZH05 VITEX
231 ZH06 PLANTISOL
232 ZH07 HERBA KEPUTIHAN
233 ZH08 ARDISIA
234 ZH09 FICUS
235 ZH10 MORIN-A
236 ZH11 MALAC
237 ZH12 PELAWAS
238 ZH13 HERBA SENGGUGUT
239 ZH14 MEGA-3
240 ZH16 STOMA K
241 ZH17 SHARK CARTILAGE
242 ZH18 HB
243 ZH19 ROSELLE – Kapsul
244 ZH21 MENGKUDU
245 ZH22 OMEGA-3- Softgel
246 ZH23 SPIRULINA
247 ZH24 VCO SOFTGEL ( 60 biji )
248 ZH25 OLIVE OIL SOFTGEL
249 ZH26 HABBATUS SAUDA SOFTGEL
250 ZH27 OMEGA-3- Softgel ( 60 biji )
251 ZH28 PORTULACA ( Kapsul )
252 ZH29 HPA EVENING PRIMROSE OIL ( 60 biji )
253 ZH30 HPA GRAPE SEED OIL ( 60 biji )
254 ZH31 FLAX SEED OIL ( 60 biji )
255 ZH32 KAPSUL IMT
256 ZH33 KAPSUL HERBA JAWI
257 ZH34 KAPSUL D CAMPUCA
258 ZH35 KAPSUL CURCUMIN
259 ZH36 GARLIC OIL SOFTGEL
260 ZH37 VITAMIN E ALAMI SOFTGEL
261 ZH38 KAPSUL DEEP CLEANSING ( 60 biji )
262 ZH39 Solomon Oil-Omega-Gold
263 
DC34 DEODORANT RADIX MEN
264 DC35 DEODORANT CENTELLA WOMEN
265 DC36 DEODORANT CENTELLA MILD
266 DC 37 MASKER ANTI RESDUNG
267 DC38 SABUN ANTI RESDUNG
268 DC39 CLAY HAND WASH
269 DC40 WHITENING MASK
270 DC41 SABUN SPIRUDETOX
271 DC42 TRAVEL PACK OMRAHAJ
272 DC43 TRAVEL PACK CENTELLA WHITE
273 FH50 MINUMAN IMT
274 FH51  RADIX KOKO GRED B (1 KG)
275 FH52 RADIX GRAPE (1.5 L)
276 FH53 RADIX STRAWBERRY (1.5 L)
277 FH54 
RADIX STRAWBERRY (500 ML)
278 FH55 CUKA NIPAH
279 HR19 HERBA REBUSAN SEMARU
280 HR20 HERBA REBUSAN BASUHAN
281 KH40 UBAT GIGI MISWAK (100GM)
282 MK43 AIS KRIM TOYYIBAH PERISA VANILLA & KOKO RIPPLE (1L)
283 MK44 
AIS KRIM TOYYIBAH PERISA VANILLA & KOPI RIPPLE (1L)
284 MK45 AIS KRIM TOYYIBAH PERISA KOKO & KOKO RIPPLE (1L)
285 MK46 AIS KRIM TOYYIBAH PERISA VANILLA & ROSELLE RIPPLE (1L)
286 MK47 SOSEJ AYAM ORGANIK
287 MK48 RADIX MEE KUNING KERING
288 MK49 SARDIN DALAM SOS TOMATO
289 MK50 NUGGET AYAM (1KG)
290 MK51 BEBOLA AYAM (1KG)
291  MK52 POPCORN (400 GM)
292 MK 53 GULAI ITIK NILA
293 MR01 DARK MINT CHOCOLATE
294 MR02 DAIRY 
CHOCOLATE
295 MR03 CHOCOLATE COOKIES
296 MR04 RADIX CHOCOLATE HAZEL
297 MR05 RADIX CHOCOLATE ALMOND
298 MR06 RADIX CHOCOLATE MILK
299 MR07 KACANG TUMBUK
300 MR08 KACANG POTONG
301 MR09 RADIX 
CHOCOLATE RAISING
302 QH19 SYAMPOO SINTOK
303 QH20 WAHIDA SYAMPOO BETIK
304 XH07 TEH SEPANG

No. Ahli : 461056 MY01
Hubungi saya untuk tempahan produk.

'PRODUK HALAL TNAGGUNGJAWAB BERSAMA'